Friday, May 6, 2011

Lets Check It Out =)

Assalamulaikum and Hi =D


Froiday-Froiday sume!!OK,arini aku nak kongsi sama u ols sekalian beberapa tips yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Scrollkan mouse anda or touchpad anda kebawah.Terima kasih!!


yang pertama...dipersilakan......


NOMBOR 1 :

CARA2 UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT

  • gunakan cream jerawat/cuci muka yang mengandungi Benzoyl Peroxides.Haa.korang bolehlah pegi supermarket godek2 belakang botol pencuci muka tu zoom in yang ada tertulis Benzoyl Peroxides.Benzoyl Peroxides adalah satu bahan chemical yang boleh menghapuskan segala jenis kotoran yang ada pada muka kita.

  • Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak perlu dielakkan.Kenapa perlu dielakkan?sebab muka kitakan paling dekat ngan rambut.So,korang kena jaga rambut korang jangan bagi terkena muka.salah satu faktor yang membolehkan jerawat tumbuh adalah akibat daripada penjagaan rambut yang tidak terurus.

  • ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.for boys,kalau rambut panjang kat depan tu,bolehlah pakai scarf rambut or kopiah masa tidur.Kopiah pakai masa tidur.(what theee?).OK,aku tau la cousin aku pernah buat.cousin aku sorang ni memang jaga ah muka dia.kalah perempuan.kulit dia fuhfuhh macam artis korea.dah la muka ala2 K-pop gitu.sorry,bukan K-pop malaysian wanna be tuh!.geli2.aku tengok cousin aku pakai kopiah masa tidur dalam hati cakap.Asal la mamat ni tidur pon pakai kopiah,solat wajib pon tak cukup!haha.penjagaan muka semata-mata.

CARA2 UNTUK MENGHILANGKAN RAMBUT BERMINYAK(GREASY HAIR)

  • gunakan shampoo yang mengandungi pH neutral.pegi giant or watsons or supermarket berdekatan,cari sampai dapat shampoo yang tertulis kat belakang botol tu pH neutral.ambik terus ke cashier.sapa2 yang rasa rambut dia berminyaklah.
  •  jangan shampoo terlalu lama okies.jangan duk menggatal shampoo duatiga empatpoloh kali.dulu2 zaman aku kecik2,sekali aku mandi,sekerat botol shampoo habis.mana tidaknye,shampoo berpuluh kali.nak bagi rambut bau wangilah lembutlah.macam2!! dah besar dan beratus botol shampoo dah habis baru aku tau just perlu guna a small amount of shampoo dan jangan shampoo terlalu lama.terima kasih google kerana mentahukan aku~heh heh heh


  • gunakan sikat rambut yang bergigi jarang.jangan yang bergigi tidak jarang ok.minyak tidak akan senang melekat kalau kita guna sikat rambut yang bergigi jarang.senang pon senang nak sikat rambut.hehehehe

  •  lakukan hairmask hanya di bahagian akar rambut sahaja.Bagi yang nak pakai hairmask,jangan kasi sampai hujung/pangkal jalan eh silap pangkal rambut,nanti rambut korang senang sangat untuk berminyak.memang rimaslah kalau rambut kita berminyak.kalau berminyak saja x pelahkan,bolehlah menyamar kalau orang tanya dah mandi kah?dah dah,tengok rambut pon dah basah.HAHA.ni minyak lah mangkuk!ni siap ngan bau pon ada.rambut kita act mudah sgt nak berbau,kalau x shampoo duatiga hari,dah masai + bau yang agak menyelerakan lah.

  • sapukan conditioner di hujung rambut secara rutin.jangan kasi sampai akar rambut tau.act, akar rambut kita senang sangat2 nak mengeluarkan minyak cap buruh tu.terlalu banyak menngunakan conditioner+ overdose sampai ke akar rambut boleh menyebabkan rambut x sihat dan minyak terkumpul dengan suka+bahagianya.


  • gunakan product yang  mengandungi sulphur Amino Acid,Zinc & Vit B6.sekarang jugak pegi supermarket berdekatan cari product yang ada bebenda tersebut.kepada  rambut yang mudah berminyak sampai kalau mak kat dapur nak memasak x de minyak boleh perah rambut kasi minyak  kat mak suh goreng ikan.

 CARA2 UNTUK MEMUTIHKAN KETIAK/UNDERARMS

adakah korang mempunyai ketiak yang agak hitam kalernya?jangan runsing,jangan gundah gulana.ada caranya yang boleh memutihkan ketiak anda itu.jangan malu jangan segan,follow tips di bawah ini.buat dalam seminggu dua or tiga kali.InsyaAllah,lama kelamaan putihlah ketiak anda.sapa x suka ketiak putih!!kalau pakai seksi2 pon x malu cikit,x kan happy kalau tengok ketiak korang putih berseri =)

BAHAN:kunyit,limau nipis dan timun batang

CARA2:

1.perahkan asam limau dalam mangkuk


2.timun kena blend sampai hancur.


3.tumbuk kunyit kasi lumat


4.campur dan gaulkan bahan no 1,2 dan 3 itu tadi hingga sekata


5.sapukan bahan no 4 tadi pada bahagian ketiak yang hangit itu.HAHA.biarkan selama 20 minit lepas tu bilas denga air suam-suam kuku.






 dapat x kawan2?just nak kongsi2 serba sedikit tips manalah tahu amat berguna untuk korang semua.Oh,sebelum terlupa satu lagi tips yang korang boleh ikut.kalau korang nak mengelakkan drpd bibir korang kering.sebelum korang nak tidur,korang berus gigi dulukan?bagus2.after korang berus gigi tu,korang berus korangnya bibir.jangan guna toothpaste ok.just berus je.tujuan berus bibir ni untuk menghapuskan sel2 mati yang ada kat bibir korang tu.sel2 mati tulah boleh menyebabkan bibir kering dan boleh terkoyak dan mendarahkan bibir korang.

SELAMAT MENCUBA DAN BERAMALSEMUA =D



 

No comments:

Post a Comment